Wednesday, September 5, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BUBUR LAMBUK


 Satu Program Bubur Lambuk Dan Penyerahan
Bantuan Hari Raya Anjuran JKP Zon 15 telah diadakan pada
06 Ogos 2012 jam 5.30 petang bertempat di Court 1, Puchong Utama

  Program ini turut disertai oleh Cikgu Ahmad Idzam, Mantan
Calon Pilihanraya 2008, D.U.N Sri Serdang yang bersama-sama
pihak JKP menyerahkan sumbangan bubur lambuk kepada
penduduk di Court 1, Puchong Utama



Bantuan Hari Raya kepada golongan yang kurang
bernasib baik juga diadakan bagi meringankan
bebanan mereka bagi menyambut hari raya tersebut




Majlis diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa
bersama para penduduk dengan makan bersila
yang menjadi tradisi orang Melayu

Thursday, August 9, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG


Pertandingan Kibarkan Jalur Gemilang Di Rumah Anda
dan menangilah pelbagai HADIAH HEBAT
anjuran MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA


                            Sempena sambutan kemerdekaan ke-55, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang bertemakan “1 Rumah 1 Bendera” bermula 1 Ogos hingga 16 September. Kempen ini bertujuan menggalakkan rakyat di kawasan pentadbiran MPSJ mengibarkan bendera Malaysia di kediaman masing-masing untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara sekaligus menanam sikap patriotik di kalangan mereka. Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kempen ini secara tidak langsung turut menzahirkan penghargaan masyarakat terhadap pejuang kemerdekaan tanah air, di samping menghayati pengorbanan mereka selama ini.

“Kempen ini terbuka kepada seluruh warga perbandaran MPSJ. Melalui kempen ini, MPSJ menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. “Sebagai galakan kepada orang ramai, MPSJ menyediakan hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM15,000 kepada orang awam yang memasang bendera di premis kediaman mereka sepanjang bulan kemerdekaan,” katanya semasa merasmikan kempen tersebut di ibu pejabat MPSJ hari ini.

Menurut Asmawi, orang ramai yang ingin menyertai kempen ini perlu menggantung Jalur Gemilang bersaiz seragam 3′x6′ dan menghantar maklumat premis menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke MPSJ dengan menaip Jomkibar<jarak>Nama<jarak>Alamat Premis dan hantar ke 39111.
Katanya, taman perumahan yang paling banyak memasang jalur gemilang akan diberi hadiah dalam bentuk geran pembangunan di mana juara akan menerima RM3000, naib juara (RM2000) dan tempat ketiga sebanyak RM1000.

“Tarikh tutup penyertaan kempen ini adalah pada 17 Ogos. Sehubungan itu, MPSJ berharap seluruh warga perbandaran merebut peluang ini kerana selain dapat menunjukkan semangat patriotik kepada negara, mereka juga berpeluang memenangi hadiah lumayan yang disediakan,” ujarnya lagi.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-80264469/4464 untuk keterangan lanjut.

JKP MPSJ ZON 15 2012


                              Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ telah ditubuhkan pada 10 Februari 2001 dan merupakan PBT yang pertama di  Malaysia yang melaksanakan konsep hubungan 2 hala antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan dengan harapan agar suara penduduk dapat disampaikan kepada pihak pengurusan MPSJ melalui wakil JKP yang telah dilantik secara rasminya untuk tempoh 2 tahun bagi 1 sesi.

Setelah persempadanan semula dijalankan, Zon JKP yang dulunya menpunyai 29 zon telah dikecilkan menjadi 24 Zon sahaja. Pembahagian 24 Zon JKP ini merangkumi hampir 540,000 orang penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ meliputi 4 kawasan iaitu DUN Subang, DUN Kinrara, DUN Sri Serdang dan DUN Seri Kembangan dengan keluasan 161.8 km.

Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk terdiri tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15 orang jumlahnya. Antara jawatan yang wujud dalam struktur pentadbiran Jawatankuasa Penduduk adalah Pengerusi (Ahli Majlis), Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Kecil.

Keseluruhan Jawatankuasa Penduduk (JKP)
Subang Jaya -
Zon 1 |
Zon 2 | Zon 3 | Zon 4 | Zon 5 |
Kinrara -
Zon 6 | Zon 7 | Zon 8 | Zon 9  | Zon 10 | Zon 11 |
Sri Serdang -
Zon 12 | Zon 13 | Zon 14 | Zon 15 | Zon 16 | Zon 17 | Zon 18 | Zon 19 | Zon 20 |
Seri Kembangan -
Zon 21 | Zon 22 | Zon 23 | Zon 24 |